Friday, October 5, 2012

selalu...

kenapa selalu sangat salah..

kenapa selalu sangat beyond the expectation..

aku x tahu lah..

aku tak kuat kot...

aku x mampu....

sampai bila harus macam ni??

akhir kata : serbasalah

Friday, September 28, 2012

kulit luar


kulit luar x sama dengan isi dalam

kulit luar yang berkudis itu x semestinya sentiasa berkudis

kulit luar yang hitam, x menjanjikan kehitaman isinya

kenapa suka kulit luar ? sebab senang nak buat kesimpulan.

sedangkan karangan pun perlu mencari isi tersirat

inikan pula manusia yang rambut sama hitamnya


akhir kata - jangan senang menghukum orang.. hukum hudud pun bukan senang-senang  boleh menghukum pesalahnya... fikirkan bersama...

Thursday, September 27, 2012

pura - kura, kura - pura.

tahu tak betapa susahnya untuk seseorang itu berpura-pura tidak mendengar??

tahu tak betapa susahnya untuk seseorang itu mengawal rasa ingin tahu ??

tahu tak betapa susahnya untuk seseorang itu mengatakan tiada apa-apa tapi sebenarnya ada apa-apa??

tahu tak betapa susahnya untuk seseorang itu berasa dialah penyebabnya merosakkan keselesaan sesuatu perbualan??

tahu tak betapa susahnya orang itu?? betapa susahnya orang itu?? betapa susahnya orang itu??

akhir kata = sama juga susahnya menahan diri dari tidak menipu..

Thursday, August 9, 2012

cubalah berlajar bersyukur


susah sangat nak bersyukur kenapa ntah... 

orang lain susah2 nak dapat kau dah dapat, bersyukur lah itu pun susah??

bukan perlu buat kenduri2 pun nak menunjukkan betapa bersyukurnya kita..

setakat tadah tangan tiap2 kali lepas solat dan bersyukur... tu aje x perlu nak susah2 lah..

senang je... islam tu kan mudah.. x payah lah pening2 kepala sangat..

Alhamdulillah pun dah cukup...

faham??

akhir kata : Alhamdulillah...



Tuesday, July 31, 2012

orang kata jangan nak buat jugak!!

tu lah org kata jangan seronok sangat..... berpada2 lah.. jangan nak ingke2 bebenor kata org perak..

kan... dah jatuh tersungkur.... bergolek, bergolek,bergolek, sbb tersungkur atas bukit tinggi tu yang bergolek2 tu, dah bergolek... pening pulak...

hailah2!!! kuat kan semangat!!! hidup harus di teruskan.... mari bermula semula!! mungkin ini lebih berkat kali.. amin...

akhir kata : sakit2 badan lah pulak sbb jatuh bergolek, bergolek, bergolek... :))

Tuesday, June 26, 2012

sama dan x serupa

sekarang baru aku faham

bukan semua orang sama macam mula2 kita kenal

semua orang bebeza

makanya jangan anggap ia sama sahaja

-Allah ciptakan manusia berbeza-beza untuk saling mengenal-

justeru, selamat berkenalan, dan sentiasa bersedia dengan kejutan demi kejutan :))

akhir kata : aku homesick!! merentas 3 negeri dalam masa 1 minggu lbh sikit..

Saturday, June 2, 2012

banyak....

banyak benda aku nak tulis sebenarnya, tapi bila fikir2 balik, ada perkara2 yang sepatutnya aku x boleh nak cerita sbb tu lah sekian lama x menerjah ke sini kesian....

jgn ckp dekat sini, dekat MR D pun aku dah lama x report, sampai x berflow dah MR D, kesian lg... novel2 pun x sempat nak reread dah *sahaja nak nampak mcm sibuk bebenor haha*.

x de lah sibuk sgt tapi tu lah, bila ada benda nak tulis je.. ada je yang menghalang, macam2 lah.. soal kerja, Alhamdulillah buat masa ni ada lah bergaji, masa hadapan siapa tahu?? InsyaAllah ok.. :))

mengharap yang baik2 je masa akan datang Amin...

akhir kata : a cocktail of feeling lah!! hard to describe *omputih sket haha*

Saturday, April 28, 2012

................

nak tak harapkan susah

tak harapkan pun susah

harapan itu mungkin satu khayalan

khayalan itu mungkin harapan

waduh2!! *picit kepala garu2 tepi kepala sikit*

akhir kata : manusia kan persisnya sebegitulah ..

Wednesday, April 18, 2012

janganlah buat mcm tu!!

beberapa hari yang lepas, aku dapat satu panggilan dia ckp dia dari bank yang terkenal.. tanya aku ada masa ke tak?? aku jawablah saya tgh busy ni sorry..

lepas tu dia letak terus telephone tanpa mengucapkan kata-kata selamat tinggal..

gila!!  mcm tu ke polisi korg?? bila org x nak spend time nak dengar korg membebel dgn product korg yang ntah hape2 tu?? bila org dh refuse tu sekurang2nya ckp la sorry ganggu ke sbb kau dah ambik masa org, angkat call kau!!

xde budi bahasa betul, x sama langsung dgn tema budi bahasa budaya kita, yang selalu di war2kan..

akhir kata : kau ckplah dkt aku, product apa pun yang bank kau tawarkan, temanya aku ttp x mampu kau!!

Saturday, March 24, 2012

di bawah lindungan kaabah






td siang tengok cerita ni, sbb terpandang iklan dkt TV tp dkt ABO mana ada channel ni makanya tengok melalui jalur lebar lah :))

cerita dia berkisar dalam tahun 1920 an tu pakaian dia best sangat aku tengok :)) cerita ni adaptasi daripada novel karya Hamka, terus terang aku taip dekat sini cerita ni mmg best!! sangat puas hati tengok, banyak pengajaran yang diterapkan.

kisah cinta, cita-cita dan harapan :)) aku suka ke chemistry-an antara hamid dgn zainab, sgt kimia oh dorg buktinya masa dorg bersembang di sebalik pagar tu hehe i like!! lg satu scene hanyutkan sabut kelapa dkt sungai haih!! aku sgt jatuh cinta dgn scene tu!! best!! dan sweet!! ayat-ayat dia kalah cerita ayat-ayat cinta sgt puitis  :))


akhir kata :  puas hati :))

Friday, March 23, 2012

makanan tambahan

memerlukan makanan rohani


akhir kata : sekian 

Tuesday, March 20, 2012

layankan aje :))




selesai menonton cerita2 di atas, nak cerita sikitlah :)) john carter...... ok lah, lama siak cerita ni letih aku 2ggu bila nak habis, lg satu aku x lah paham sgt tengok cerita ni :)) makanya agak terlelap sekejapan hehe dgn 3D version yang aku rasa berpinar mata aku oklah boleh layan lah cerita ni :))

cerita ke dua, aku layan sorang je konon2 nak feeling sensorang haha!! sudahnya 15 minit terawal x dapat tengok atas sebab2 yang x dapat dielakkan ;))

jalan cerita ok, tapi aku rasa x perlulah letak scene2 yang buat maksiat tu, membazir time line aje :)) aku suka Attar mcm budak nakal, tapi "berisi" . aku sangat kasihan sama hilma, perasaan dia aku dapat rasakan mcm terconnect terus hilma tu dgn aku wahaha ;)) susunan lagu dalam cerita ni sangat best!! tempat cantik sangat!!

akhir kata : tahniah.. tahniah.. dan tahniah..  ( org yang manaip ni tgh jauh hati hukhukhuk )     

Thursday, January 26, 2012

u del i pun dell *perasan*



sudah usai menonton movie ini yay!!! aku suka :)) jalan cerita best!! tapi masa tsunami tu kalau nak bagi org nangis tambah scene mcm mana keluarga, dan org terdekat si delisa ni struggle nak selamat diri dari ombak besar, mahu aku sedu sedan kalau ada scene ni hehe .

ada perkara2 yang terkesan bila aku tonton cerita ni, bila kakak budak delisa ni, men"sound" delisa bila delisa x sengaja terbalikan ayat dalam doa iftitah kena sedebik kau!!. cerita ni byk pengajaran aku mmg highly recommend lah kalau org tanya patut ke tak tengok.

mmg banyak pengajaran ttg hidup, usaha, tawakkal, dan semuanyalah. walaupun cerita mcm cerita budak2 tapi sesuai je ditonton oleh semua lapisan masyarakat :)) dakwah itu mmg berjaya, kudos!!

akhir kata : delisa dgn delailah nk dekat2 kan?? :)) *x habis2 perasan*

Tuesday, January 24, 2012

tertinggal dan pengembaraan




ok, nak cerita pasal movie2 yang aku tengok sejak kebelakangan ini, :)) ok, first sesuatu yang tertinggal, oklah bg aku boleh layan :))

tapinya, aku x paham kenapakah hantu tu mesti nak bunuh2 org?? x tau motif, nak kata hantu tu berkait dgn salah silah keluarga budak yang dirasuk tu x kot, sbb budak tu yatim piatu, jalan cerita ok, tapi tu lah punca hantu tu aku x paham. dan ending mcm biasalah x paham jugak :))

movie yang kedua ni aku baru tengok td, sorang2 * ada aku kisah??, tapi aku sedih :(( *  aku kagum, mcm mana dorg boleh buat cerita yang cantik mcm ni, gila banyak kerja dan aku tau dorg banyak duit :)) cerita dia ringan je x berat, cuma aku agak beberapa kali menguap sebab sejarah, dan aku x paham sejarah2 tu :))

oh ya, dalam cerita ni, semua binatang2 yang besar akan jd kecil, begitu juga sebaliknya, gila geram tengok gajah kecik tu, aku nak bela!! kalau ada gajah mcm tu oh, dan harimau juga :)) . lupa! aku tengok cerita ni, 3 dimensi ok, dan aku pening!!

akhir kata : bosan lah pulak asyik cerita hantu, gejala sosial, dan cerita yang  macam x layak jd movie.

Thursday, January 5, 2012

siap siaga

بسم الله

langkah 1
- PC ?? check!!, earphone?? check!!, dongle?? check!!, charger?? check!!

langkah 2
- kerusi?? meja?? oh x perlu sbb akan meniarap sahaja di tilam :):)) lampu?? cukup sekadar lampu di LCD pc :))

langkah 3
- kemaskini resume :))

langkah 4
- buatlah apa2 yang patut haha

akhir kata : selamat maju jaya!!