Tuesday, May 3, 2011

terfikir

...... kalau baca al Quran dengan tafsir, kita sentiasa letak diri kita jadi "watak putih" dalam Quran tu. tapi kita lupa, cukup ke kriteria nak jd "watak putih" tu? cukup ke apa yang kita dah buat selama ni untuk dengan bangganya kata "aku la orangya yang di sebutkan dalam ayat "wahai orang yang beriman....." "wahai orang mukmin"... "golongan -golongan muhsin" tu. yakin ke kita yang kita ni org yang Allah sebut dalam Quran tentang orang yang diberi balasan syurga dengan nikmat tak ada limit tu? betul amal kita cukup untuk jadi orang-orang yang Allah sebut tu?".

sepatutnya kita letak sekali diri kita untuk jadi "watak hitam". bayangkan yang diri kita la org yang di seksa dalam neraka yang Allah describe dalam Quran tu. bayangkan kita la orang yang kena azab. baru kita lagi berlumba-lumba nak lari daripada golongan-golongan itu. kita ni sebenarnya kadang-kadang tertipu apabila terlampau berangan 'watak putih', sedangkan amal kita nak melayakkan kita jadi 'watak kelabu' pun tak cukup qualification                                                (akmal -contengan jalanan- hlovate )

aku terkesan bila baca nie dan terasa nak share :)) dan aku setuju dengan kata2 di atas sbb aku pun ada kalanya perasan jd mcm "watak putih"  *tunduk muka*. terima kasih kerana berkongsi method ini. 


akhir kata : aku cemburu 

No comments: