"Sejak kecil saya tidak pernah diberikan didikan agama oleh keluarga,
malah sejadah di rumah kami boleh dianggap barang hiasan saja,”
“Kerana tiada perhatian maka saya terus menjadikan Mat Rempit, dadah
serta minuman keras sebagai penghibur. Setiap kali berkenalan dengan
lelaki saya pasti mahu mereka membimbing saya ke jalan benar Bagaimanapun, kesudahannya, saya hanya dijadikan
objek pemuas nafsu,”
ok, untuk perenggan pertama, ya, mmg punca daripada keluarga, tapi.. x kan kita nak ikut je benda yang salah kan?? Allah bagi akal, gunakan dgn sebaiknya lah. bagi aku punca paling terbesar sekali ialah DIRI SENDIRI, ha, siap caps lock kau!! ya! kalau diri sendiri x benarkan ia terjadi, maka ia x akan terjadi bukan?? jika akal digunakan sebaiknya, perkara x betul tak akan jadi betul kan?.
seterusnya, perenggan kedua, ya mungkin itu adalah penyelesaiannya tapi aku pasti ia hanya sementara percayalah!! kau nak org membimbing kau ke jalan yang benar, tapi kau carik dekat mana?? and what do you expect??
ok, aku tau aku x rasa apa yang kau rasa, aku x dapat nak sarung kasut kau, tapi... cuba usaha carik hidayah, ada satu buku aku baca dia ckp "hidayah bukan datang mcm tu sahaja tapi kita kena cari" lebih kurang mcm tu lah, dan itu juga peringatan untuk aku. oh hampir terlupa aku cilok report dari sini
akhir kata : nak bawak diri
No comments:
Post a Comment